duduk:En Khairul [PT],Cik Chang[GPK1],En Yap Yuen Mui[GB],Pn Low[GPK HEM],Pn Chu[GPK Koku]berdiri baris 1:Cik Lyvia[g.data],Pn Ching[PPSMI],Pn Chong,En Ng
Berdiri baris 2:Cik Tan Siok Ting[SUP],Cik Nur Saadah[ICT],Cik Tam Shu Pei[SPBT],Pn Chen Yen Ling[pemulihan],Cik Chong Ai Lin.
atas :jaga dan pekerja sekolah
Monday, November 2, 2009
Warga Sekolah 2009
Lawatan ke Petrosains
A Famosa
Monday, October 26, 2009
Selamat Hari Kanak-kanak
Pada 24/10/2009 pihak sekolah telah mengadakan sambutan Hari Kanak-kanak peringkat sekolah. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya pertandingan menyanyi dan cabutan bertuah. Hadiah-hadiah yang menarik telah disediakan.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua guru yang telah bekerja keras untuk menjayakan sambutan ini.. Anda telah menjadikan sambutan ini penuh bermakna.
Ucapan terima kasih juga buat individu-individu yang telah menyumbangkan wang dan barang untuk sambutan ini.
SELAMAT HARI KANAK- KANAK.......
Wednesday, September 2, 2009
Peperiksaan UPSR
UPSR 2009
8 September 2009 - 10 September 2009
Selamat menduduki UPSR diucapkan kepada semua murid Tahun 6 SJKC Kiow Nam.
Lakukan yang terbaik untuk diri anda..
Tuesday, August 18, 2009
influenza H1N1
Influenza h1n1 telah merebak dengan serius di seluruh negara. Pelbagai langkah telah pun diambil untuk membendung penularan terutama di peringkat sekolah. Setiap pagi,guru-guru akan memeriksa suhu setiap pelajar. Termometer elektronik ini dibekalkan oleh pihak JPN Melaka.
Pihak yang berisiko dijangkiti :
- golongan warga tua.
- kanak-kanak.
- wanita mengandung.
- orang yang mempunyai sejarah@masalah berkaitan paru-paru sprt asma,lelah.
- orang yang mempunyai tahap imun yang rendah.
- orang yang mempunyai masalah penyakit kronik@obesiti.
Selamat berhati-hati.
Sila ambil langkah pencegahan yang sewajarnya.
Kurangkan aktiviti sosial
Gunakan topeng muka.
Sayangi diri anda dan keluarga...
Tuesday, July 7, 2009
senaman aerobik
Tuesday, June 30, 2009
.: Sejarah Penubuhan Sekolah
Pada tahun 1926 tertubuhlah sebuah Sekolah Cina yang diberi nama SRJK(C) Kiow Nam dan diperselujui juga oleh pihak kerajaan ketika itu. Pada bulan September 1929 bangunan baru sekolah siap dibina. Punca kewangan pembinaannya dtperolehi daripada derma orang ramai. Pembinaannya pula dilakukan secara bergotong-royong di atas tapak tanah yang disumbangkan oleh Enclk Ngoi Wee Chow JP. Terdapat hanya dua buah bilik darjah sahaja.
Pada rnulanya sekolah ini dibuka dengan tenaga pengajar 2 orang guru dan 40 orang murid. Gaji guru dibayar oleh seorang dermawan yang bernama Encik Jim See Chu.
Pada tahun 1936 dua buah bilik darjah telah dibina bagi menampung pertambahan murid. Selain itu, rumah guru dan bilik guru juga dibina. Semua perbelanjaan diperolehi daripada sumbangan dan kutipan derma orang ramai.
Semasa Perang Dunia Kedua (Penaklukkan Jepun di Malaya) pada tahun 1942, sekolah ini terpaksa ditutup kerana segala peralatan perkakas dan juga buku-buku telah diniusnahkan oleh pihak Tentera Jepun. Sekolah ini telah dibuka semula pada bulan Januari 1946. Di samping membaiki semula bangunan-bangunan yang telah rosak, bangunan tambahan juga dibina. Murid pada ketika itu telah pun bertambah ke jumlah 200 orang.
Pada tahun 1954, sekali lagi Encik Ngoi Wee Chow JP telah bermurah hati mendermakan tanahnya seluas 1 ekar kepada pihak sekolah. Beberapa orang kenamaan dan perseorangan juga berusaha memungut derma di samping bantuan daripada kerajaan. Lembaga Pengurus Sekolah telah berjaya mengumpul wang sejumlah RM15,000.00 yang bertujuan membina lagi dua buah bilik darjah, dua buah rumah guru dan membeli perabot sekolah.
Pada tahun 1971, sekolah ini mendapat bangunan baru yang mengandungi 7 buah bilik darjah yang dibina dengan wang bantuan modal kerajaan di atas tapak tanah kerajaan. Pada tahun 1979, dewan dan perpustakaan pula dibina. Punca kewangan diperolehi daripada sumbangan orang ramai. Pada tahun 1982, sebuah bengunan dua tingkat yang mengandungi 6 buah bilik darjah dan sebuah bangunan yang terdiri daripada bilik guru dan pejabat dibina dengan bantuan modal kerajaan dan juga derma orang ramai.
Thursday, June 25, 2009
.: Murid menyediakan sarapan pagi
Good Luck !!!