Tuesday, June 30, 2009

.: Sejarah Penubuhan Sekolah

Pada tahun 1926 tertubuhlah sebuah Sekolah Cina yang diberi nama SRJK(C) Kiow Nam dan diperselujui juga oleh pihak kerajaan ketika itu. Pada bulan September 1929 bangunan baru sekolah siap dibina. Punca kewangan pembinaannya dtperolehi daripada derma orang ramai. Pembinaannya pula dilakukan secara bergotong-royong di atas tapak tanah yang disumbangkan oleh Enclk Ngoi Wee Chow JP. Terdapat hanya dua buah bilik darjah sahaja.

Pada rnulanya sekolah ini dibuka dengan tenaga pengajar 2 orang guru dan 40 orang murid. Gaji guru dibayar oleh seorang dermawan yang bernama Encik Jim See Chu.



Pada tahun 1936 dua buah bilik darjah telah dibina bagi menampung pertambahan murid. Selain itu, rumah guru dan bilik guru juga dibina. Semua perbelanjaan diperolehi daripada sumbangan dan kutipan derma orang ramai.

Semasa Perang Dunia Kedua (Penaklukkan Jepun di Malaya) pada tahun 1942, sekolah ini terpaksa ditutup kerana segala peralatan perkakas dan juga buku-buku telah diniusnahkan oleh pihak Tentera Jepun. Sekolah ini telah dibuka semula pada bulan Januari 1946. Di samping membaiki semula bangunan-bangunan yang telah rosak, bangunan tambahan juga dibina. Murid pada ketika itu telah pun bertambah ke jumlah 200 orang.

Pada tahun 1954, sekali lagi Encik Ngoi Wee Chow JP telah bermurah hati mendermakan tanahnya seluas 1 ekar kepada pihak sekolah. Beberapa orang kenamaan dan perseorangan juga berusaha memungut derma di samping bantuan daripada kerajaan. Lembaga Pengurus Sekolah telah berjaya mengumpul wang sejumlah RM15,000.00 yang bertujuan membina lagi dua buah bilik darjah, dua buah rumah guru dan membeli perabot sekolah.

Pada tahun 1971, sekolah ini mendapat bangunan baru yang mengandungi 7 buah bilik darjah yang dibina dengan wang bantuan modal kerajaan di atas tapak tanah kerajaan. Pada tahun 1979, dewan dan perpustakaan pula dibina. Punca kewangan diperolehi daripada sumbangan orang ramai. Pada tahun 1982, sebuah bengunan dua tingkat yang mengandungi 6 buah bilik darjah dan sebuah bangunan yang terdiri daripada bilik guru dan pejabat dibina dengan bantuan modal kerajaan dan juga derma orang ramai.

[...] Selanjutnya...

Thursday, June 25, 2009

.: Murid menyediakan sarapan pagi

Murid menyediakan sarapan pagi sendiri

Khemah para pelajar

SJKC Kiow Nam telah mengadakan kem motivasi untuk murid-murid tahap dua bertempat di kawasan sekolah.Murid-murid diberi peluang untuk merasai pengalaman berkhemah dan menguruskan kumpulan.Banyak aktiviti lain di buat untuk menambah dan merangsang motivasi pelajar-pelajar. di akhir program,murid-murid lebih bersemangat untuk mencapai kejayaan.

Tahniah dan syabas untuk semua guru dan murid yang terlibat..
Good Luck !!!

[...] Selanjutnya...

Tuesday, June 23, 2009

.: Hari Guru 2008


[...] Selanjutnya...

.: Lagu Theme Guru Malaysia :.